Intro


will updates soon
Besday Party Sherry
will updates soon
Demam
wah..huk huk aku dah demam..tak sukenyer.Kalo demam2 mcm ni mstilah aku tak lalu mkn n dlm ms yg sama tak larat nak g keje.Rasa mcm nak balik skang je.Tp shift aku abis lmbt lagi.Schatje entah kemana.Msg tak di bls.Sedey pun ader.But aku rasa die mcm bz kot.Takpelah.
Ubat pun dah mkn.


Harap2 pasni aku sihatlah.Mls nak mc.Coz lately ni tak ramai yg keje.Byk yg OFF sbb nak cover aku yg bercuti ujung minggu..schatje..hukhukhuk
Fade Up
Dlm kehidupan ni byk sgt ragam manusia yg kiter jumpe.Lagi2 dr org sekeliling.Kalo selama ni aku mcm boleh simpan je dlm hati but aku rasa aku dah terlalu lama memendam rasa.Aku akui yg aku mmg sayang sgt kat org sekeliling aku.Tp entahlah..aku dah tak larat...sgt penat dgn karenah tabiat manuasia2 yg berwajahkan nabi tetapi berhatikan syaitan.

Byk sgt org yg aku jmpe konon2nyer bersikap baik dan terbuka..but end of the day..baru nmpak wajah dan muka sebenar..sikit2 nak terasa sikit2 nak terasa..letihlah..tak kirelah baik lelaki ataupun pompuan.Yg lelaki tahap terasa atau kecil atinyer sgtlah tinggi..kalah primadona kampung..ko ingt ko dah hebat sgt ke..tensen plak aku..dr aku layan ko yg berplastikkan diri baiklah ko berambus.Buat sakit ati aku plak..


Kalo pompuan aku pahamlah kan..PMS forever..menyiraplah plak aku.Rasa nak humban2 dr Menara KL.So jgnlh nak feeling2 didepan aku or belakang aku..be yourself k.Org lain pun penat jugak...but jgn jadi selfish sgt..nnti makin lama org semakin meluat~!!

p/s jgnlh pas ni nak terasa bagai ckp aku tujukan kat sesapa or individu tertentu.Ni hanya ape yg aku rasa..so aku berhak untuk bersuara..

Ni bukan smbungan dr cerita emosi k.HARAP MAKLUM~!!
Cup Cake

Last weekend otak aku mcm serabut skit.Nasiblah sumenyer dah beransur ok.Masalah pun dah selesai so tak perlu nk pening2kan kepala.So jumaat lepas aku g opis mcm biasa and ajak mumu ke tempat soffie.Saje nak borak2 psl plan nak keumah wanie ari sabtu.So smpai je kat tempt die kami nmpak ader 3 kotak besar cup cake.Hurm sgt menggoda selera.



So mula2 soffie tak bg and die suruh kami mkn carrot cake.But aku tak feeling sgt nak mkn sbb rasa mcm jadi rabbit sgt.So pujuk punya pujuk akhirnyer dpt jugak kami rasa cake yg sedap lagi nikmat tu.Puas sgt ati kami.



Sementara kami mkn..soffie take our pic ngn kamere baru die.Hebatkan.Lihat saje hasilnyer..tetiba mcm teringin plak nak beli camere mcm tu.Insyalllah one day nnti msti impian menjadi kenyataan.Yg pasti kene keje kuat~
Pesananmu
Schatje said:

Live life fully while you're here. Experience everything. Take care of yourself and your friends. Have fun, be crazy, be weird. Go out and screw up! You're going to anyway, so you might as well enjoy the process. Take the opportunity to learn from your mistakes: find the cause of your problem and eliminate it. Don't try to be perfect; just be an excellent example of being human.



Thxxx schatje..u only one always with me when i'm down..
Apa Itu Emosi

Untuk Pembangunan Diri(Jgn Terlalu Mengikut Perasaan)

Kebanyakan orang berfikir bahwa semua yang berlaku dalam minda kita dan tahap emosional kita adalah sesuatu yang tidak dapat dikawal bahkan terlalu susah untuk dikawal.Sebenarnya, Anda sendiri yang membiarkan emosi menguasai diri.Anda berhadapan dengan situasi meruncing. Anda tak tahu bagaimana mengawal emosi diri sendiri.Oleh sebab itu, Anda mudah marah, naik hangin tetiba, kecewa, mudah tersentuh, rasa rendah diri dan mudah jauh hati, patah hati (atau bengkok hati?alamak. .) bahkan mudah menyalahkan takdir bila sesuatu permasalahan yang maha berat menimpa Anda secara tiba-tiba.Sebenarnya, Anda mampu mengawal emosi. Saya percaya Anda mampu menjadi orang yang bijak mengawal emosi.



Macamana caranya???

Dengan mula melatih diri mengawal arus minda. Arus minda boleh dikawal dengan bertenang, kawal pernafasan dan kawal tindakan .Anda mampu mengawal semua apa yang ada di dalam pemikiran Anda,tanggapan Anda dan mampu membiarkan emosi energetik meresap ke dalam diri Anda hingga Anda melakukan sesuatu yang penuh drastik, fantastik dan luar biasa hebat.

Rasa tertekan takde sebenornye, ia terjadi kerana Anda mencipta rasa tertekan tu dan membiarkan ia menguasai emosi Anda dan membisikkan pada hati Anda bahawa Anda yang Anda adalah seorang yang tertekan.Lebih banyak fikiran Anda “layan” rasa tertekan, lebih teruk ia akan jadi. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta.Ia menarik lebih banyak situasi yang membuatkan Anda tertekan, tertekan lagi dan lagi tanpa henti. Nak ke camtu?

Kesan dari itu, anda langsung tak bermaya, lembik aja. Selain itu, Anda juga menganggap diri Anda sebagai seorang yang penuh tekanan bukannya orang yang boleh handle rasa tertekan.Saya ada cara tersendiri bagaimana mahu belajar mengawal emosi dan bagaimana handle tekanan. Baca baik-baik, saya akan kongsikan di sini.

Terlebih dahulu, Anda perlu latih diri untuk jadi seorang yang tenang pada setiap masa, be in control. Luangkan 10 minit dalam sehari untuk melatih minda Anda bertenang melalui meditasi. Zikir, adalah cara paling baik.Kata lain bagi meditasi ialah tafakur, duduk diam dan menutup mata lalu merehatkan badan untuk bertenang. Ia tidak bercanggah dengan mana- mana agama dan sesuai untuk semua bangsa mahupun semua golongan usia.

Senang saja, cari tempat yang tenang tanpa gangguan, duduk bersila atau menyandar, tutup mata, niatkan dalam hati Anda mahu bertenang, katakan pada diri Anda yang Anda mahu relaks, jadi semakin relaks, relaks dan terus relaks.Beritahu minda yang Anda mahu berada dalam keadaan santai. Cuba bertenang, setenang yang mungkin, sesantai yang mungkin. Bernafas slow-slow dan jangan buat apa-apa.


Bila Anda sudah selalu mengamalkan meditasi dan selalu berlatih menenangkan diri di tempat sunyi, emosi Anda jadi lebih terkawal. Anda tidak mudah rasa tertekan dan tidak mudah menyalahkan takdir atas masalah yang menimpa.Seperti yang saya katakan dulu, minda menjadi kuat jika kita selalu berada dalam keadaan tenang, relaks, be in control dan selalu mengamalkan zikir mahupun meditasi. Kebijaksanaan akan hilang jika kita berada dalam kelam kabut, tertekan dan marah.Bila bertenang setiap masa, takkan mudah bagi emosi buruk menguasai diri Anda. Anda juga secara automatik takkan mahu mendengar kata-kata nista, caci maki, kata-kata kesat dan yang seumpama umpatan.

Mengikut Law Of Attraction, kita adalah apa yang kita fikirkan.


Untuk menjadikan diri Anda seorang yang terkawal emosinya, katakan pada diri rasa tertekan tu takde kena mengena dengan Anda dan ia hanya bersifat sementara saja. Cuba katakan..”“Hek eleh.. mana pula bila tertekan terus lemah longlai, terus tak bersemangat. Tak de kaitan langsung. Alaaa.. mengada-ngada aje tu”

Selalulah berfikir perkara-perkara yang mendamaikan, yang indah, yang menggembirakan termasuk juga yang membahagiakan. Fikirkan apa yang selalu membuat Anda gembira. Eh, kenapa pulak?Sebab, apa yang Anda fikir itulah yang akan jadi. Ia mungkin sekarang, lepas ni, mungkin esok atau dua hari akan datang.Jadi berfikirlah tentang segala apa yang menggembirakan agar fikiran .Anda menarik situasi-situasi yang menggembirakan, orang-orang yang boleh membuat Anda gembira dan benda-benda yang membuat anda girang setiap masa.

Jangan fikir rasa tertekan, walaupun sedikit,elak diri Anda dari pemikiran negatif. Be in control.Bila Anda dalam keadaan tertekan, tukar segera fikiran tu. Terapkan emosi gembira dan energetik.Cari seseorang untuk bercerita, buat sesuatu ataupun lihat keluar untuk mengambil udara segar. Dengan itu, emosi Anda menjadi lebih terkawal dari asyik memikir masalah dan menjadi lebih positif.

Latih diri Anda untuk mengawal emosi dengan menenangkan diri hari ini juga.

Relaks. Lastly, Be cool.

See? kan lebih senang camtu?

Yg ikhlas..Sahabat Sejati