Parti Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood


PLANET HOLLYWOOD mempersembahkan… “Parti Bersama Dayang 20 07″ pada 21 Julai 2007 (Sabtu), 3 petang!

Dayang Nurfaizah, seorang penghibur yang cukup berbakat besar dari Kuching, Sarawak dan cukup dikenali dengan keunikan suara beliau yang sering kali memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya akan mengadakan persembahan istimewa pada 21 Julai 2007 (Sabtu) di Planet Hollywood KL. Ia bersempena dengan sambutan ulangtahun kelahiran beliau dan juga pelancaran album terbaru beliau; Dayang 20 07.

Pastikan anda semua bersedia untuk meraikan kehebatan Dayang mengadakan persembahan pada hari istimewa tersebut. Beliau akan diiringi oleh barisan pemuzik terhandal yang ada di Malaysia. Dayang menjanjikan hanya yang terbaik untuk para-para peminatnya yang selama ini tidak putus-putus menyokong beliau dan persembahan ini merupakan salah satu cara Dayang menghargai setiap mereka yang ada di luar sana. Oleh kerana itu, jangan lepaskan peluang untuk berhibur bersama salah seorang penghibur terbaik tanah air; Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood pada 21 Julai 2007 (Sabtu) pada pukul 3 petang.

Bayaran masuk bagi Showcase Istimewa Bersama Dayang ialah RM25 termasuk satu minuman percuma. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602.

So pada kengkawan2 ku yg feeling nak pegi lehlah bgtau.nnti leh pegi sekali.Aku suker gilerz kat dayang ni..Huhu
0 Responses